Connect with us

Teddy Chua

Tersimpan Begitu Lama

BM SERIES

Tersimpan Begitu Lama

Ini kisah seorang sahabat yang takut dengar dengan apa-apa nama produk grooming. Kenapa boleh begitu? Ceritanya bermula begini, rumahnya berlambak dengan produk kecantikan dari produk pencuci muka sehingga krim malam. Jenis punyalah banyak, boleh buka gerai tau.  Dia membeli atas pengaruh promosi dan artis yang mengesyor keberkesanan dalam rancangan TV. Adakah awak pun salah seorang yang membeli sehingga tak ingat dunia atau lupa pakai sehingga dah tamat tempoh?

Membazir ~

Membazir~

Membazirkan?

Untuk penjagaan kulit lelaki, produk kita yang kena memilih adalah untuk menjaga kelembapan dan kesihatan kulit. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan produk grooming, elakkan menggunakan produk whitening terdahulu. Tiada langkah pantas untuk memutihkan kulit selain menggunakan produk pelembap dan sunblock setiap hari. Untuk permulaan, tetapkan bajet yang mampu untuk membeli produk grooming. Elakkan membeli waktu promosi kerana produk grooming yang harga tinggi bukan selalu ada promosi melainkan awak simpan stok untuk setahun. Produk grooming perlu guna secara konsisten, bukan pakai sebulan sekali atau membeli & guna masa bulan promosi sahaja.

Pasaran produk kecantikan Malaysia agak berlainan dengan negara lain. Kebanyakkan kita menggunakan produk kecantikan yang senang dapat dari Watsons, Guardian , kedai Jamu, online store atau yang lain-lain. Bagi yang kulit bermasalah juga menggunakan produk dari klinik pakar kulit. Segelintir yang membuat part-time atau sepenuh masa dengan syarikat MLM akan menggunakan produk syarikat mereka sendiri.

Tiada timbul sebarang masalah low class skin care atau high class skin care apabila memilih produk kecantikan. Produk yang memilih perlu sesuai dengan kulit sendiri. Ada beberapa perkara yang perlu mengambil tahu untuk menjadi pengguna yang bijak.

  1. bahan yang terkandung dalam produk
  2. Harga berpatutan dengan bahan yang terkandung
  3. Memilih produk yang cruelty free

Tamat ceritanya disini dahulu, saya akan sambung bercerita tentang pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit lelaki dan kupasan lebih lanjut lagi. Ingat! jangan biarkan produk kecantikan tersimpan begitu lama !

 

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in BM SERIES

Advertisement

SUPPORT CRUELTY- FREE

To Top