Connect with us

Teddy Chua

Berhenti Percaya 5 Mitos Penjagaan Kulit Ini

BM SERIES

Berhenti Percaya 5 Mitos Penjagaan Kulit Ini

Salam pembaca yang tersayang,

Kebanyakkan dalam kalangan kita sering keliru dengan pelbagai mitos-mitos penjagaan kulit ini. Jom!mari kita sama-sama semak apa 5 mitos yang mungkin telah menjadi amalan kita selama ini.

1 . Penggunaan mask helaian setiap hari boleh miliki Kulit ‘flawless’

Kita mungkin pernah mendengar dari kawan-kawan dimana penggunaan mask helaian setiap hari dapat mengubah kulit jadi ‘flawless’ ala artis Korea. Penggunaan mask setiap hari dapat melembapkan kulit namun bukan semua orang sesuai dengan pendekatan ini. Terdapat pelbagai jenis mask ada di pasaran, perhatikan ramuan yang ada dalam mask sebelem membeli sama ada terkandung aloe vera, vitamin C, madu atau mana-mana ramuan yang lebih semula jadi. Harga bukan penentu kualiti bagi sekeping mask tetapi kalau RM0.50 atau RM1 (Harga borong ke?) sekeping agak-agak ada yang berani pakai tak? (admin tak berani mencuba lagi setakat ini). Pakar dermatologi menasihatkan bahawa mask yang mengandungi asid hialuronik, vitamin C dan lain-lain boleh digunakan setiap hari. Mask yang jenis anti penuaan yang mengandungi asid glikolik mungkin menyebabkan keradangan di kulit anda. Penggunaan Mask jenis pemutih ini dua kali seminggu tidak membebankan kulit. Cara yang terbaik bagi memutihkan wajah adalah membuat perlindungan UV dan pelembapan kulit. Percayalah, lama-kelamaan kulit akan semakin cerah & lebih sihat dengan usaha yang telah lakukan secara berterusan.


2. Kerap Menukar Set Produk Kecantikan

Skroll facebook atau wechat moment , perhatikan adakah media social kita dipenuhi dengan iklan-iklan produk kecantikan? Kadangkala testimoni itu membuatkan kita tergerak hati nak membelinya padahal rumah berlambak dengan set produk kecantikan yang tak terpakai. Kalau ikut hati, semua produk nak sapu tapi duit oh duit. Sesetengah produk kecantikan memang menampakkan kesan yang baik pada kulit pada awal penggunaan sahaja. Selepas itu, produk itu sama ada dibuang atau terus disimpan sebagai barang antik untuk cucu cicit. Kulit kita memerlukan 28 hari untuk perbaharui dan menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru tetapi ini cuma berjalan jika kami amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Dalam artikel yang sebelum ini, ‘Bagaiman menjadi malas & kekal bersih’ ada menyebut setialah kepada satu atau beberapa jenama produk yang sesuai dengan kulit.


3. Kulit saya gelap secara semula jadi, jadi saya tidak perlu pelindung UV

Krim pelindung Uv seperti digunakan apabila pergi pantai atau taman tema air sahaja?

‘Malaslah nak guna melainkan pergi pantai atau taman tema air.’

Kalau anda salah seorang dari kalangan itu, baik mengaku cepat dengan komen dibawah. Saya akan minta matahari kuatkan lagi cahaya dimana-man anda berdiri sehingga anda terbakar seperti tomato berdiri disitu sebagai payung. Lebih baik gunakan krim pelindung uv, kalau tidak saya perlu tukar mode Naruto Jutsu untuk payung semua. Adakah kita perlukan perlindung uv? Perlindungan Uv ibarat sebuah langsir yang menapis cahaya. Krim pelindung UV mengandungi zinc dan titanium dioxide dapat memantulkan cahaya apabila terkena dikulit kita. Pakailah krim pelindung UV sebelum keluar rumah.


4. Hanya rawatan perubatan sahaja berkesan tetapi penggunaan produk anti-penuaan tidak.

Terdapat pebagai rawatan kulit antaranya dapat menukar kulit dari warna seperti arang ke warna mutiara. Apabila usia meningkat, keperluan terhadap set produk kecantikan juga akan lebih tinggi. Penggunaan set produk kecantikan anti-penuaan secara berterusan mampu mengubah tekstur kulit. Kebanyakkan jenama terkenal dengan produk anti penuaan dapat meningkatkan dan mengekalkan ketegangan kulit. Ia mengambil masa dan kebanyakkan harga adalah lebih tinggi. Ada juga produk kecantikan yang menjanjikan kesan cepat dengan harga rendah tetapi kesan sampingan yang buruk. Manakah pilihan anda? Penggunaan produk anti penuaan secara berterusan selepas apa-apa rawatan dapat terus memiliki kulit ‘flawless’.


5. Penggunaan Krim Kolagen mampu menengangkan kulit

Kolagen dalam kulit ialah protein yang memberikan keteguhan dan keanjalan kulit kita. Kolagen berbentuk krim mempunyai molekul besar yang tidak dapat menembusi kulit kita. Terdapat satu lagi alternatif untuk memperketatkan ikatan kulit kita. Dengan cara yang lebih semula jadi, terdapat sedikit makanan yang boleh meningkatkan kolagen dalam badan kita seperti tuna & salmon. Bagi pegamal vegetarian, sayur seperti timun, bayam ( Makanan Popeye ), saderi dan lain-lain dapat meningkatkan kolagen. Dengan menggunakan hidrolisis kolagen dimana mempunyai molekul lebih kecil , penyerapan ke dalam badan kita lebih mudah. Kolagen dapat mengurangkan penampilan garis halus dan kedut kulit kita.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in BM SERIES

SUPPORT CRUELTY- FREE

Advertisement
To Top