Connect with us

Teddy Chua

Bagaimana Menjadi Malas & Kekal Bersih

BM SERIES

Bagaimana Menjadi Malas & Kekal Bersih

Salam pembaca yang tersayang,

Setuju atau tidak kalau saya mengatakan kadangkala sangat malas kita nak menjaga kulit kita?. Atau sebaliknya?

Orang yang malas akan kerap untuk melakukan sesuatu. -Vauvenargues

Disini saya akan kongsikan langkah-langkah untuk orang malas. (kalau yang setuju, samalah kita.)

Langkah Pertama : Kenalpasti Jenis Kulit Anda Yang Sebenar

Kulit kita semua dicipta unik. Oleh itu, kesemua kita perlulah kenalpasti dahulu jenis kulit kita. Penggunaan produk kecantikan, bahan solekan, atau krim pelindung matahari akan menyembungi warna dan tekstur kulit. Sekarang kita mendekati cermin dan perhatikan sama ada topeng muka masih ada atau tidak muka yang kacak dan bergaya itu. Selepas itu, tanggalkan topeng basuhkan muka. Jangan guna sebarang produk kecantikan selepas membasuh muka. Tunggu selama 20 minit dan perhatikan kondisi kulit.

Kulit Jenis Berminyak – Kulit bersinar seperti kain sutera yang berkilat ( Minyak yang dikumpul boleh goreng kentang)

Kulit Jenis Campuran –  Bahagian Zon T ( dahi & hidung) agak berminyak tetapi bahagian pipi kering. (Minyak tang dikumpul cukup goreng telur mata)

Kulit Jenis Normal – Kulit licin & tidak berminyak ( Kawan akan picit dan sentuh muka berkali-kali sebab kulit sempurna macam kulit bayi)

Kulit Jenis Kering – Rasa kering / kurang kelembapan ( kulit kering kontang seperti gurun sahara ?)

Bagaimana dengan kulit sensitif yang sering diperkatakan? Kulit sensitive adalah kondisi kulit. Kesemua kita akan mengalami kondisi sensitive pada kulit. Kenapa? Kulit kita dipengaruhi oleh cuaca, factor persekitaran , kesihatan atau factor yang tidak dijangka.


LANKAH KEDUA – Kenalpasti Jenis Produk Kecantikan Yang Sesuai

Kulit Jenis Berminyak

Pagi- kontrol minyak + Pelembap kulit

Malam – Kontrol Minyak + Pengimbangan

 

Kulit Jenis Campuran

Pagi-  Pelembap + kontrol minyak di bahagian zon T

Malam- Pelembap

 

Kulit Jenis Normal

Pagi- Anti-oksida

Malam- Pelembap

 

Kulit Jenis Kering

Pagi- Pelembap, anti-oxide

Malam- bahan pelembap yang tinggi

 

Bagi keadaan kulit dalam sensitive boleh berjumpa dengan pakar dermatologi untuk sebarang nasihat dan rawatan selanjutnya. Dalam artikel yang seterusnya saya akan kongsikan tips untuk jaga kulit apabila sensitif.


LANKAH KETIGA – MELABUR UNTUK KULIT ANDA – TERAKHIR

Bagi yang malas dalam penjagaan kulit, kita perlulah melabur sejumlah wang mengikut bajet anda dalam membeli produk kecantikan. Kita tidak perlu mengisi penuh ruang bilik kita dengan produk kecantikan. Memiliki produk kecantikan yang banyak tidak menjanjikan kita dapat menggunakan kesemuanya malah pembaziran mungkin berlaku. Bermula sekarang , setia kepada satu atau beberapa jenama produk kecantikan yang terbaik. Gunakan produk kecantikan mengikut keselesaan anda. Agak sukar tidak nampak bersih sekirannya mengamalkannya secara berterusan.

Kesimpulannya, hanya dengan memanfaatkan sikap malas kita barulah dapat mencari jalan yang paling senang untuk memastikan kulit kita sentiasa bersih dan sihat. Selamat mencuba !

 

 

 

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in BM SERIES

Advertisement

SUPPORT CRUELTY- FREE

To Top