Connect with us

Teddy Chua

5 Rahsia Penjagaan Kulit Untuk “Burung Hantu”

BM SERIES

5 Rahsia Penjagaan Kulit Untuk “Burung Hantu”

Burung hantu adalah satu gelaran khas untuk sesiapa yang sering berjaga sehingga larut malam. Kesemua kita sedar bahawa rehat awal adalah baik tetapi kita kadangkala niat itu ada tetapi badan itu yang tidak patuh arahan. Bagi sesiapa yang kadangkala tidur lewat tetapi masih nak kulit yang elok boleh rujuk tips di bawah.

Rahsia Pertama : Bersihkan Muka Anda (MESTI)

Pertama sekali, gunakan pembersih muka untuk bersihkan muka. Selepas itu, gunakan toner dengan kapas sekali. Jangan lupa bahagian leher. Penggunaan toner adalah untuk membuat pembersihan kulit kali kedua. Kadungan alcohol kebanyakan terkandung dalam toner. Bagi pengguna Muslim boleh merujuk kepada pakar untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan jenis-jenis alcohol dalam produk kecantikan. Alcohol kebiasaanya digunakan sebagai bahan pengawet dan pembasmian kuman. Pada masa sekarang, banyak alternatif telah ada bagi menggantikan penggunaan alcohol dalam produk kecantikan. Penggunaaan alcohol untuk kulit jenis kering dan kulit keadaan sensitive amat tidak digalakkan. Kesemua jenis kulit boleh menggunakan toner yang berasaskan Asid hialuronik dalam toner.


Rahsia Kedua : Pelembapan & Penghidratan

Bagi memiliki kulit seperti bayi, Kita perlu bantuan dari krim pelembap atau krim malam bagi melembapkan dan menghidratkan kulit. Kulit akan rasa seperti disimbah air selepas penggunaan. ( ala-ala macam kulit model iklan ). Kepada yang mempunyai bajet yang berlebihan boleh gunakan mask dua kali seminggu untuk meningkatkan kadar kelembapan dalam kulit. Kulit jenis berminyak, jenis normal atau kulit keadaan berjerawat boleh guna mask jenis pembersih (cleaning mask) untuk kurangkan masalah minyak berlebihan, ruang roma yang besar malah dapat menyeimbangkan level PH dalam kulit.


Secret 3:  Penyahtoksik

Tiba masa untuk menyahtoksikkan ! Apabila kita berjaga sehingga larut malam, hati kita berkerja penat juga. Amalkan minum teh hijau dapat merangsangkan hati yang remuh. Eh! merangsangkan hati yang berperanan penting dalam sistem peredaran darah, sistem ekskresi, dan sistem pencernaan. Apabila bangun keesokkan hari, minum air limau suam yang mengandungi vitamin c yang tinggi mampu menyahtoksik secara berkesan.


Rahsia Keempat : Makanan Tambahan

Vitamin C , Kolagen dan multivitamin adalah sebahagian rahsia Teddy untuk memulakan engin seharian dengan penuh tenaga. Berkaitan maklumat kolagen, Teddy akan kongsikan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.


Rahsia Kelima : Katakan ‘TIDAK’ untuk menjadi Panda

Jangan menjadi seperti panda melainkan awak nak menggantikan panda dalam zoo Negara. Pihak Zoo memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan. Di sini apa yang saya maksudkan adalah kos penyelenggaraan bahagian mata kita. Gunalah krim/gel mata untuk hilangkan mata yang nampak letih lesu & tidak bermaya. Krim mata yang berkualiti tinggi mampu mengurangkan bengkak dan lingkaran mata yang gelap. Janganlah sampai lingkaran mata yang gelap itu seperti ditumbuk barulah nak guna krim mata. Selamat mencuba !

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in BM SERIES

  • BM SERIES

    Aku Dengar Watsons Ada…

    By

    Sebut sahaja nama Watsons pasti ramai antara kita tidak lagi asing dengan pelbagai jenis produknya yang...

  • BM SERIES

    Tersimpan Begitu Lama

    By

    Ini kisah seorang sahabat yang takut dengar dengan apa-apa nama produk grooming. Kenapa boleh begitu? Ceritanya bermula begini,...

  • BM SERIES

    Berhenti Percaya 5 Mitos Penjagaan Kulit Ini

    By

    Salam pembaca yang tersayang, Kebanyakkan dalam kalangan kita sering keliru dengan pelbagai mitos-mitos penjagaan kulit ini. Jom!mari kita sama-sama...

  • BM SERIES

    Bagaimana Menjadi Malas & Kekal Bersih

    By

    Salam pembaca yang tersayang, Setuju atau tidak kalau saya mengatakan kadangkala sangat malas kita nak menjaga...

Advertisement

SUPPORT CRUELTY- FREE

To Top